Khamis, 17 Oktober 2013

KAMBING MYSORE

Bahan-bahan:-
600g daging kambing
1 camca besar air limau
Sedikit kelapa
Garam
Daun kari
4 camca besar minyak sapi

Bahan rempah A:-
2 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan manis
1 camca besar jintan putih
½ camca besar serbuk kunyit
2 camca besar serbuk lada

Bahan rempah B:-
2 hiris halia
10 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
(kesemua ini digiling/ditumbuk)

Bahan rempah C:-
1 kuntum bunga lawang
1 batang kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
5 biji buah pelage

Cara memasak:-
Daging dipotong kecil-kecil dan perapkan bersama bahan rempah A dan air limau selama ½ jam
Perah kelapa dengan secawan air untuk santan pertama. Tambah 3 cawan air pada kelapa yang sama dan perah untuk santan kedua
Masukkan daging ke dalam periuk dan jerang bersama santan kedua dan daun kari
Setelah mendidih, baru dimasukkan bahan rempah B dan biarkan daging itu empuk lebih kurang 40-50 minit
Panaskan kuali dengan 4 camca besar minyak sapi/minyak biasa dan masukkan bahan rempah C bersama serbuk lada
Masukkan daging yang telah diperap ke dalam kuali dan juga santan pertama serta garam
Kacau sehingga minyak mulai terbit dan kuah itu sedikit kering.

Siap dimasak

1 ulasan: