Jumaat, 8 November 2013

AYAM MASAK DAGANG

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
15 tangkai cili merah
3 camca sedang puri tomato
5 cawan santan pekat
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
1 camca teh serbuk kunyit
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2.5cm halia
2 helai daun limau purut
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara membuat:-
Separuh bawang merah dan bawang putih digiling dan separuh lagi dihiris
Ayam dibersihkan dan dipotong ikut suka
Cili, jintan manis dan jintan putih, halia, serbuk kunyit digiling halus
Tumis hirisan bawang hingga naik baunya
Masukkan bahan giling biar hingga garing
Masukkan puri tomato, santan, ayam biarkan hingga mendidih
Masukkan daun limau purut dan masak hingga ayam itu benar-benar empuk dan masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan