Jumaat, 8 November 2013

DAGING MASAK ASAM

Bahan-bahan:-
600g daging
2 senduk cili boh
4 batang serai dititik
3 biji ubi kentang dibelah empat
2 atau 3 helai daun limau purut jika suka
Minyak untuk menumis
Sedikit garam dan serbuk perasa
Air asam secukupnya

Bahan digiling:-
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2.5cm halia
1.8cm kunyit

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bahan giling tadi hingga garing
Masukkan daging yang dipotong-potong dan dibersihkan
Masukkan air asam jawa, serai dan daun limau purut
Biarkan ia hingga mendidih baru masukkan ubi kentang dan biarkan daging empuk
Kuah ini seelok-eloknya pekat sedikit


Tiada ulasan:

Catat Ulasan