Jumaat, 1 November 2013

BINGKA BERAS BUNGA TELANG

Bahan-bahan:-
150g tepung beras
100g tepung kanji
220g gula
980ml santan
5 helai daun pandan
½ camca teh garam
2 camca besar air bunga telang atau pewarna biru

Cara membuat:-
Bancuh tepung beras, tepung kanji, gula, santan, dan garam
Kacau rata-rata dan tapis
Tuang ke dalam periuk dan bubuh daun pandan
Kacau adunan di atas api sederhana sehingga pekat tidak bergentel
Kecilkan api, keluarkan daun pandan dan kacau lagi
Renjiskan sedikit air bunga telan/pewarna biru ke atas adunan dan jangan dikacau
Tuangkan ke dalam tin pembakar yang dialas daun pisang, ratakan guna daun pisang
Bakar di dalam ketuhar 250 darjah Celcius hingga warna keemasan
Sejukkan dan potong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan