Jumaat, 1 November 2013

SERI MUKA NYONYA

Bahan-bahan:-
1 ½ cawan pulut direndam semalaman
30g serbuk santan krim
250ml air
½ camca teh garam
3 helai daun pandan
2 camca besar air bunga telang (warna biru)

Untuk lapisan atas:-
5 camca besar tepung beras
2 ¼ camca teh tepung kastard
180g gula pasir
30g serbuk santan krim
210ml air
1 cubit garam
3 helai daun pandan
2 biji telur besar
Pewarna kuning

Cara membuat:-
Bancuh 30g santan krim, 250ml air, garam dan daun pandan
Toskan sedikit air bunga telang di atas pulut dan kukus 10 minit, jangan digaulkan
Tekan pulut dengan daun pisang hingga licin, kukus 5 minit. Ketepikan
Pukul telur dan gula hingga hancur, masukkan tepung, santan dan bahan lapisan atas yang lain
Kacau hingga sebati dan tapis
Tuang adunan ke dalam periuk  dan masak di atas api perlahan hingga panas
Tuangkan di atas pulut dan kukus lagi 20 hingga 30 minit
Lap wap tudung pengukus untuk mengelakkan air masuk ke dalam kuih
Keluarkan dan sejukkan baru dipotong serong


Tiada ulasan:

Catat Ulasan