Jumaat, 1 November 2013

BUAH MELAKA

Bahan-bahan:-
110g tepung pulut
1 cubit garam
6 ½ camca besar air pandan
¼ camca teh air abu
Beberapa titis pewarna hijau

Inti:-
¼ biji kelapa parut putih
¼ camca teh garam
1 camca besar bijan digoreng
10 helai daun pisang (12cm) untuk kelongsong
1 camca besar gula melaka dicincang halus
1 camca besar gula pasir

Cara membuat:-
Campurkan tepung pulut, garam, air pandan, air abu, dan sedikit pewarna hijau
Gaul doh sehingga lembut tetapi tidak melekat pada jari
Bahagikan doh kepada 25 ketul
Bentukkan ketul doh sehingga mendapat permukaan licin
Sediakan air untuk merebus ketul doh tadi
Buat lubang pada doh dan masukkan gula melaka ke dalamnya dan tutup semula
Rebus dalam air mendidih hingga timbul di permukaan air, ambil dan toskan
Sadurkan dengan kelapa parut bergaul garam dan bijan goreng

Hidangkan dalam kelongsong

Tiada ulasan:

Catat Ulasan