Ahad, 3 November 2013

KARI KACANG KUDA

Bahan-bahan:-
150g kacang kuda direndam semalaman
2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji tomato
5 hirisan halia dicincang
5 ulas bawang putih dicincang
1 ½ camca besar serbuk kari
1 tangkai daun kari
1 ½ camca besar minyak’
1 camca teh biji sawi
¼ camca teh serbuk perasa
Garam mengikut rasa
½ cawan air

Cara membuat:-
Rebus kacang kuda bersama sedikit garam sehingga empuk dan angkat
Panaskan miyak, goreng biji sawi, halia, bawang putih, daun kari, bawang merah
Masukkan serbuk kari, tomato dan kacang kuda, goreng sebentar
Tuangkan air dan masak sehingga kuahnya hampir kerin
Masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya, kacau dan angkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan