Jumaat, 8 November 2013

TALAM SERI MENANTI

Bahan-bahan:-
225ml santan pekat
150ml santan cair
175g gula
175g tepung beras
75g tepung kanji
1 tin jagung krim
½ camca teh garam
Sedikit warna hijau

Cara memasak:-
Masak santan pekat, gula, garam, daun pandan dan kemudian tapis
Campurkan tepung beras, kanji dan santan cair lalu curahkan santan pekat yang agak dingin sikit dan kacau rata-rata
Curahkan jagung krim dan bahagikan dua dimana satu diwarnakan hijau dan satu dibiarkan putih
Kukus selapis putih dan selapis hijau hingga habis
Kemudian curahkan serikaya dan kukus lagi 20 minit

Bahan serikaya:-
6 biji telur
75g tepung gandum
3 cawan santan pekat
2 cawan gula
1 camca teh esen ros
Sedikit warna kuning
Sedikit garam

Cara membuat:-
Campurkan semua bahan dan kacau sedikit di atas api
Curahkan di talam seri menanti tadi dan kukus hingga masak
(apabila tidak lagi melekat di jari tandanya sudah masak)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan