Selasa, 26 November 2013

SPAGHETTI BOLOGNESE (ITALI)

Bahan-bahan:-
340g spaghetti
28.35 keju Parmesan

Bahan sos:-
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah sederhana
1 tangkai daun saderi
4 ulas bawang putih
1 kiub stok daging
2 camca besar minyak
283.5g daging cincang
5 biji tomato
1 tin puri tomato
1 helai daun salam
¼ camca teh oregano
Sedikit mentega
Garam, serbuk lada hitam dan gula mengikut rasa

Cara membuat:-
Bawang besar, lobak merah dan daun saderi dicincang halus
Tomato dipotong dadu
Bawang putih ditumbuk halus
Stok daging dimasak di dalam 140ml air sehingga mendidih
Panaskan minyak dan goreng semua sayur dan bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan buah tomato, puri tomato, daun salam, stok daging, garam, serbuk lada hitam dan garam
Masak 30 hingga 40 minit sambil dikacau

Cara memasak spaghetti:-
Masak air hingga mendidih baru masukkan garam
Masukkan spaghetti dan masak 10 minit baru angkat, tapis dan gaulakn dengan mentega
Hidang dalam pinggan dan tuang sos tadi di atasnya dan taburkan keju parut


Tiada ulasan:

Catat Ulasan