Jumaat, 15 November 2013

IKAN GORENG WANGI BEREPAL

Bahan-bahan:-
3 ketul/400g iakn tenggiri

Bahan A:-
2cm halia ditumbuk
2 camca teh serbuk cili
2 ulas bawang merah ditumbuk bersama 2 ulas bawang putih
½ camca teh gula
Garam dan lada sulah secukup rasa

Bahan B:-
4 biji epal dibelah-belah
1 camca besar perahan limau nipis
1 camca besar hirisan daun pudina
2 camca teh cuka makan
Garam, gula dan lada sulah secukup rasa

Cara membuat:-
Perap ikan dengan bahan A selama 20 minit dalam peti sejuk
Campurkan semua bahan B dalam mangkuk, gaul dan sejukkan
Panaskan minyak dan goreng ikan dengan api perlahan sehingga masak
Angkat dan toskan minyak lalu diletak dalam pinggan bersama bahan B
Hias dengan parsli dan boleh dimakan bermentega atau nasi putih



Tiada ulasan:

Catat Ulasan