Jumaat, 18 Oktober 2013

ROTI CERI

Bahan-bahan:-
1 cawan ceri dipotong enam
2 cawan tepung gandum
1 ½ camca teh serbuk penaik
6 auns mentega
2/3 cawan gula halus
3 biji telur
3 camca besar susu cair
½ camca teh perasa limau

Cara menyediakan:-
Basuh ceri dalam air panas suam kuku dan lapkan dengan tuala bersih
Tabur sedikit tepung diatasnya
Ayak serbuk naik bersama tepung gandum
Dalam mangkuk pengadun, pukul mentega dan masukkan gula sedikit-sedikit sambil dipukul hingga naik
Pecah telur ke dalam mangkuk pengadun tadi sebiji-sebiji dan dipukul setiap kali dipecahkan hingga naik
Masukkan perasa limau dan ceri
Campurkan tepung yang diayak tadi berselang seli dengan susu cair

Bakar selama sejam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan