Rabu, 16 Oktober 2013

PANDUAN MENYUKAT BAHAN-BAHAN MASAKAN


ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA


Disini saya ingin memberitahu serba sedikit panduan untuk kebanyakan resepi ini.
Almaklum lah penggunaan sukatan dahulu tidak sama dengan cara memasak sekarang
Kebanyakan resepi ini berkisarkan dari zaman 1980an hingga awal 2000 dan mempunyai sukatan yang saya sendiri pun pada mulanya tidak ketahui
Setelah saya mencari dan memahami sukatan dulu maka di bawah ini adalah hasilnya:-

1 gantang = 2.8kg = 4cupak
1 cupak = 700g
1 tahil = 50 g
1 kati = 500g
1 auns = 25 g
9 auns = 250 g
16 auns = 1 paun = 450 g
2 paun 4 auns = 1 kg
1 cawan mentega = 250 g
1 cawan gula = 250 g
1 cawan tepung = 125 g
2 cawan tepung = 250 g
1 cawan = kebiasaannya 250 g
1 camca kecil/teh = 5 g
1 camca besar = 12 g
100g = 100 ml
1000 ml = 1l

makna simbol ukuran
oz = auns 
lb = paun
g = gram
kg = kilogram
l = liter
ml = mililiter

Tip Menyukat Bahan

1. Adalah lebih mudah dan tepat jika menggunakan penimbang digital. 
2. Apabila menyukat tepung, gemburkan atau ayakkan ia dahulu baru disukat atau ditimbang.Jika menyukat dengan cawan, jangan ditekan tepung itu kerana ia akan menjadi padat dan sukatannya telah berlebihan. Ratakan permukaannya dengan pisau.Ia tak sepatutnya disukat membumbung.
3. Sudu/camca kecil atau sudu/camca teh, sukatannya hampir sama tetapi sudu makan dan sudu besar ianya berlainan.
4. Cecair boleh disukat dengan gram atau dengan mililiter (ml). 100 gm air dengan 100 ml air adalah lebih kurang sama sukatannya.

Semoga ini dapat membantu anda semua dalam mencuba resepi


Tiada ulasan:

Catat Ulasan