Ahad, 17 November 2013

KARI MARAKLUK (PORTUGIS)

Bahan-bahan:-
60g bawang merah
20g lengkuas
40g kunyit
4 batang serai
30g buah keras
20g belacan digoreng
20g cili hidup
30g asam jawa
1.5 kg ikan (1 ekor)
Garam secukup rasa
1/8 liter minyak masak

Cara membuat:-
Masukkan bawang merah, lengkuas, kunyit, serai, buah keras, belacan goreng ke dalam mwsin pengisar dan kisar sehingga halus
Masukkan rempah yang dikisar tadi ke dalam kuali berisi minyak dan tumis hingga wangi
Selepas itu, tuang air asam jawa, garam dan segelas air
Masukkan ikan dan biar hingga masak

Angkat dan hiaskan dengan cili hidup

Tiada ulasan:

Catat Ulasan