Isnin, 4 November 2013

ACAR PAKISTANI

Bahan-bahan:-
10 biji cili hijau
5 biji cili kering
Sedikit bawang merah
Sedikit bawang putih
Sedikit jintan manis
Lada sulah
½ inci halia
½ inci kunyit
½ cawan cuka
1 camca minyak kelapa
3 camca gula pasir
Sedikit garam dan serbuk perasa

Cara membuat:-
Lada hijau dibelah dua
Cili kering, kunyit, halia, bawang merah digiling lumat
Satukan cuka, gula dan kacau sebati
Panaskan periuk dengan minyak kelapa dan tumis bahan giling hingga kuning
Masukkan campuran cuka, biarkan 5 minit
Masukkan bawang putih, lada sulah dan cili hijau, biarkan mendidih
Sebelum angkat, masukkan serbuk perasa dan eloklah dibiarkan separuh pekat sebelum diangkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan