Khamis, 31 Oktober 2013

UDANG GORENG SAMBAL BELACAN

Bahan-bahan:-
200g udang sederhaha besar dibersihkan
2 ½ camca besar sambal belacan
3 camca besar minyak
3 helai daun limau purut
1 camca teh air limau nipis
Garam dan serbuk perasa mengikut rasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak, goreng sambal belacan hingga naik bau baru masukkan udang
Masukkan daun limau purut, air limau dan serbuk perasa, goreng tiga minit

Keluarkan dan hidang bersama timun

LEMAK SOTONG DAN NENAS

Bahan-bahan:-
600g sotong dibersihkan dan dipotong 2.5cm
1 biji nenas dibersihkan dan dipotong 1.5cm
100ml minyak
5 helai daun kesum
1 helai daun kunyit
100ml air
200ml santan

Rempah giling:-
20 tangkai cili kering
1.5cm kunyit
7 keping lengkuas
2 batang serai
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji buah keras
1 keping kecil belacan
Semua bahan digiling lumat

Perasa:-
1 camca teh garam
1 camca teh gula
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak, goreng rempah giling hingga wangi
Masukkan nenas dan air , biar hingga mendidih
Apabila nenas lembut, masukkan santan
Apabila santan mendidih, masukkan sotong, daun-daun dan semua perasa
Perlahankan api dan apbila sotong masak, angkat


MEE GORENG NYONYA

Bahan-bahan:-
300g mee kuning
3 pokok sayur sawi dipotong sederhana
150g tauge
1 camca besar taucu
100g udang dibersihkan
2 camca besar minyak
300ml air

Perasa:-
1 camca teh kicap cair
1 camca teh kicap pekat
1 camca teh gula
½ camca teh lada sulah
¼ camca teh serbuk perasa

Hiasan:-
Telur dadar
Hirisan cili merah
Daun ketumbar

Cara membuat:-
Basuh mee dan toskan
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan taucu sehingga wangi
Masukkan udang dan goreng selama 3 minit
Tuangkan air dan masukkan semua perasa
Apabila mendidih, masukkan sawi dan mee
Goreng sebentar, masukkan tauge dan goreng tiga minit
Angkat dan hiaskan dengan hiasan


OTAK-OTAK BABA NYONYA

Bahan-bahan:-
300g ikan tenggiri
125ml santan pekat
1 camca teh daun limau purut dimayang halus
1 camca teh daun kunyit dimayang halus

Bahan-bahan ditumbuk:-
15 tangkai cili kering
5 biji buah keras
1cm kunyit
2.5cm lengkuas
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 ¼ cm belacan
2 batang serai
1 tangkai cili hidup
¼ biji kelapa parut (kelapa kulit basah) ditumbuk lumat
6 camca besar kerisik
Semua ditumbuk lumat

Perasa:-
1 ½ camca teh gula
½ camca teh garam
/12 camca teh lada sulah
Serbuk perasa
Bebrapa helai daun pisang dilayur
Lidi kelapa untuk sematkan otak-otak nyonya

Cara membuat:-
Bersihkan ikan dan diambil isinya sahaja
Kisar isinya hingga halus
Campurkan ¾ camca teh garam, ¼ camca teh lada sulah dan 3 camca besar air
Kacau hingga sebati
Gaulkan semua bahan yang ditumbuk bersama daun kunyit, limau purut, santan, kerisik dan semua perasa
Ambil ½ camca besar rempah, letakkan di atas daun pisang dan ratakan
Ambil 2 camca besar pes ikan, dileperkan dan ambil ½ camca rempah dibubuh atas pes ikan
Lipat kedua-dua bahagian daun pisang dan sematkan dengan lidi
Panggang otak-otak tadi di dalam ketuhar 15 minit atau dipanggang atas api


IKAN TEMPERA

Bahan-bahan:-
300g ikan kurau dibersihkan
1 biji bawang besar dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1 cawan air
Minyak untuk menggoreng

Perasa:-
1 camca teh kicap pekat
¼ camca teh kicap cair
1 camca teh air limau nipis
½ camca teh lada sulah
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Gaulkan ikan bersama ¼ camca teh gula
Panaskan minyak dan goreng sehingga garing, keluarkan
Tinggalkan dua camca besar minyak, goreng bawang besar dan cili merah
Tuangkan air dan biarkan ia mendidih baru masukkan semua perasa dan ikan
Bila kuahnya pekat sedikit, angkat dan hidangkan


GARAM ASAM IKAN TENGGIRI

Bahan-bahan:-
500g ikan tenggiri
3 biji terung dipotong 5cm panjang
¼ cawan minyak
3 cawan air asam cair

Bahan giling:-
30 tangkai cili kering
1cm kunyit
3 biji buah keras
1 keping kecil belacan
1 batang serai
5 keping lengkuas
12 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Digiling semua hingga halus

Perasa:-
1 ¼ camca teh garam
½ camca teh lada sulah
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak, tumis rempah giling hingga wangi
Tuangkan air asam dan apabila mendidih masukan ikan, terung dan semua perasa
Biarkan ia mendidih hingga ikan masak
Hidangkan


NASI GORENG DONDANG SAYANG

Bahan-bahan:-
4 cawan nasi yang disejukkan
4 camca besar minyak

Sambal untuk digiling:-
15 tangkai cili kering
3 tangkai cili hidup
3 biji buah keras
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1.5cm belacan
2 biji telur
3 camca besar udang kering yang dibasuh dan ditumbuk
Semua bahan digiling lumat

Perasa:-
1 camca besar kicap cair
½ camca teh kicap pekat
½ camca teh lada sulah
¼ camca teh garam
Sedikit serbuk perasa

Hiasan:-
Daun salad, timun, telur dadar, bawang goreng dan hiasan cili merah

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis sambal giling hingga wangi
Masukkan udang kering dan goreng hingga garing
Masukkan nasi dan semua perasa, kacau rata hingga nasi berderai
Ketepikan nasi, tuangkan 1 ½ camca besar minyak
Pecahkan telur dan tutupkan dengan nasi, kacau dan biarkan lima minit
Hiaskan dan hidangkan


IKAN CHUAN CHUAN

Bahan-bahan:-
250g ikan parang/tenggiri dibersihkan
¼ camca teh garam
¼ camca teh lada sulah
Minyak untuk goreng ikan
1 camca teh bawang putih ditumbuk
1 camca teh hirisan halia muda
1 camca teh taucu, ditumbuk halus
200 ml air

Perasa:-
¼ camca reh garam
¼ camca teh serbuk perasa

Hiasan:-
Daun bawang, hirisan cili merah

Cara membuat:-
Perapkan ikan dengan garam dan lada sulah selama 15 minit
Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing
Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 camca besar saja
Goreng bawang putih dan halia sehingga wangi
Masukkan taucu dan tumis wangi baru dimasukan air
Apabila mendidih masukkan semua perasa dan ikan

Biarkan lima minit baru diangkat dan hiaskan

AYAM GORENG CILI

Bahan-bahan:-
600g ayam dipotong kecil dicampur 4 camca teh garam
¼ cawan minyak
¼ cawan air
3 helai daun limau purut

Rempah giling:-
10 tangkai cili hidup
5 ulas bawang putih
Semua ini digiling halus

Perasa:-
¼ camca teh garam
¼ camca teh serbuk perasa
½ camca teh air limau nipis

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga garing. Ketepikan
Tumis rempah giling hingga wangi, masukkan ayam
Goreng selama lima minit, masukkan air dan daun limau purut
Apabila kuahnya kering, masukkan serbuk perasa

Kacau dan angkat

AYAM CHAR BEK

Bahan-bahan:-
200g isi ayam dihiris nipis-nipis
4 ulas bawang putih ditumbuk
6 keping halia dimayang halus
½ camca besar taucu ditumbuk
4 camca besar air
2 camca besar minyak

Perasa:-
¼ camca teh garam
¼ camca teh kicap pekat
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan taucu hingga wangi
Masukkan ayam dan tumis tiga minit baru masukkan air
Apabila ayam masak, masukkan semua perasa
Goreng sebentar dan angkat


KUAH LADA

Bahan-bahan:-
600g ikan tenggiri dipotong keping-keping
300g terung panjang dipotong empat
½ cawan minyak
3 cawan air asam jawa
25g asam jawa

Bahan giling:-
15 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1.5 cm kunyit
3 biji buah keras
15 biji lada putih
1 keping belacan kecil
2 batang serai
2.5cm lengkuas
Semua bahan digiling halus

Perasa:-
1 ¼ cawan teh garam
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga garing
Masukkan terung, goreng tiga minit baru dituangkan air asam
Apabila terung lembut, masukkan ikan dan semua perasa
Apabila ikan masak, angkat dan hidangkan bersama sambal belacan


AYAM GORENG BEREMPAH

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam dipotong kecil
5 helai daun purut
1 ½ cawan air
¼ cawan minyak
3 batang serai diketuk

Bahan giling:-
20 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
12 ulas bawang putih
1 keping belacan
4 biji buah keras
Kesemua ini digiling hingga lumat

Perasa:-
1 ¼ camca teh garam
¼ camca teh serbuk perasa
½ camca teh lada sulah
½ camca teh gula

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan goreng rempah giling hingga wangi
Masukkan ayam dan goreng selama 5 minit baru masukkan air
Apabila air mendidih, masukkan semua perasa dan daun limau purut

Masak hingga kuahnya kering

AYAM PONGTEH

Bahan-bahan:-
½ ekor ayam dipotong kecil
2 biji ubi kentang dibelah empat
10 keping rebung dipotong nipis
10 keping sengkuang
¼ cawan minyak
4 keping cendawan kering direndam dan buang tangkainya
2 camca besar taucu yang telah ditumbuk
3 ½ cawan air

Bahan yang ditumbuk:-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Perasa:-
1 ½ camca besar kicap cair
1 camca besar gula
1 camca teh kicap pekat
Garam mengikut rasa
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih sehingga wangi
Masukkan taucu dan goreng sehingga terbit bau
Masukkan ayam, ubi kentang, air dan bahan-bahan lain
Biarkan ayam pongteh mereneh sehingga kuahnya pekat
Masukkan semua perasa dan kacau
Sesudah masak angkat dan hidangkan bersama sambal belacan


TERUNG PAJERI

Bahan-bahan:-
3 biji terung panjang seberat 450g dibelah 4 sehingga 2.5cm dari tangkai dan direndam dalam air garam
100g udang kecil dibersihkan dan tinggal ekornya sahaja
2 tangkai cili merah dibelah sehingga 1.2cm dari tangkai
¼ cawan minyak
3 cawan air asam
3 camca besar serbuk kari udang
3 helai daun kari

Rempah giling:-
2 tangkai cili merah
5 ulas bawang merah
½ keping belacan kecil
Kesemua ini digiling biasa

Perasa:-
1 ½ camca besar gula
1 camca teh garam
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis rempah giling, daun kari sehingga wangi
Masukkan serbuk kari udang dan tumis seminit
Masukkan udang dan goreng sebentar
Masukkan terung dan goreng sehingga empuk dan terung sebati
Masukkan air asam dan apabila terung lembut masukkan cili merah dan semua perasa

Masak lagi lima minit dan hidangkan

IKAN MASAK PINANG

Bahan-bahan:-
300g potong ikan tenggiri/ 2 ekor ikan kembung
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
4 biji bendi dipotong
3 cawan air asam jawa
Sedikit daun kemangi jika suka
1 batang serai diketuk

Bahan giling:-
1 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1cm belacan
1cm kunyit
1cm halia
Semua bahan digiling halus

Perasa:-
½ camca teh garam
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Cili merah dan hijau dibelah dua hingga ke tangkai
Campurkan bahan giling, serai dan air asam, rebus hingga mendidih
Masukkan ikan, bendi, daun kemangi(jika suka), cili dan perasa
Biarkan mendidih sehingga 5 minit baru diangkat


SAMBAL BELACAN BABA NYONYA

Bahan-bahan:-
10 tangkai cili merah
1 keping belacan 2.5cm x 2.5cm
½ camca teh garam
2 helai daun limau purut
2 biji limau nipis diambil airnya
2 biji limau nipis untuk hiasan

Cara membuat:-
Bakar belacan, apabila wangi tumbuk bersama cili merah hingga lumat
Bubuh garam dan hirisan daun limau purut, kacau rata
Perah air limau ke sambal belacan dan hiaskan dengan limau nipis


CHAP CHAI

Bahan-bahan:-
100g udang dibersihkan
8 helai daun kubis, dipotong segiempat 5cm
1 keping tauhu keras dipotng segiempat
1keping kulit tauhu direndam
3 tangkai cendawan direndam
15 batang kum chum direndam
20g suhun direndam
1 camca besar wan yee (cendawan kelememe) direndam
1 camca besar taucu ditumbuk
4 biji bawang putih ditumbuk
3 camca besar minyak
500ml air
1 tangkai cili merah untuk hiasan

Perasa:-
1 camca teh kicap cair
Garam jika perlu
Sedikit serbuk perasa
½ camca teh lada sulah

Cara membuat:-
Buang bahagian keras kum chum dan wan yee
Simpulakan kum chum dan buang tangkai cendawan
Panaskan minyak dan goreng tauhu sehingga kekuningan, keluarkannya
Goreng bawang dan taucu, apabila wangi masukkan udang dan goreng sebentar
Masukkan kum chum, wan yee, kulit tauhu, cendawan dan tauhu
Tuangkan air
Apabila mendidih masukkan suhun, kubis dan semua perasa
Biarkan mereneh tiga minit baru angkat dan hidangkan bersama sambal belacan


BETIK MASAK TITIK

Bahan-bahan:-
½ biji betik yang mengkal
100g udang kecil dibersihkan
1 helai daun kunyit
3 cawan air

Rempah giling:-
1 tangkai cili merah
2 biji buah keras
6 biji lada putih
6 ulas bawang merah
½ keping kecil belacan
Semua bahan digiling halus

Perasa:-
¾ camca teh garam
1 ½ camca teh gula
¼ camca teh serbuk perasa

Cara membuat:-
Bersihkan betik dan potong setebal 1cm
Campurkan betik, air dan rempah dan masak hingga kuahnya mendidih
Apabila betik lembut, masukkan udang, daun kunyit dan semua perasa
Masak lima minit dan boleh diangkat
Boleh dihidangkan bersama sambal belacan