Khamis, 24 Oktober 2013

BIHUN SUP

Bahan-bahan:-
Bihun semangkuk
Tulang-tulang ayam direbus
Sawi
Kubis
Tauge
2 batang serai,dititik
7cm lengkuas
3 helai daun salam
10 ulas bawang putih
20 biji bawang merah
7cm halia
Lada hitam secukup rasa,ditumbuk
Garam mengikut citarasa

Cara menyediakan:-
Tumiskan rempahnya(semua bahan kecuali sawi,kubis,tauge,air rebusan tulang ayam dan bihun) sehingga terbit minyaknya dan masukkan air rebusan ayam. Biar sehingga mendidih.
Sementara itu celurkan sawi,kubis,tauge dan bihun yang telah direndam seketika. Tuangkan kuah tumisan tadi sewaktu menghidang dan hiaskan dengan bawang goreng,daun sup serta daun saderi

Enak dimakan bersama cili padi yang ditumbuk dan dibubuh kicap manis serta diperahkan limau nipis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan