Jumaat, 18 Oktober 2013

CHIFFON LEMON

Bahan-bahan:-
120g tepung naik sendiri
150g gula hangus
½ camca teh garam
4 camca besar minyak jagung
3 biji kuning telur
½ camca teh perasa vanila
½ hiris lemon diparut
½ camca teh krim tartar
3 biji putih telur

Cara menyediakan:-
Ayak tepung bersama gula dan garam sebanyak 3 kali
Buat perigi di tengahnya dan masukkan minyak, kuning telur, air, perasa vanila, lemon parut
Taburkan krim tartar di atas putih telur dan pukul sehingga keras
Tuangkan batter(adunan tepung tadi) ke atas putih telur 1/3 setiap kali dan kacau perlahan lahan

Selepas itu tuangkan pula ke dalam acuan pembakar yang bulat dan bakar di dalam ketuhar yang panasnya 168 darjah celcius sehingga masak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan