Khamis, 17 Oktober 2013

BAMIA (KAMBING MASAK BENDI ALA ARAB)

Bahan-bahan:-
500g daging
5 tahil/250g minyak sapi
1 tin kecil susu cair
1camca jintan manis
1 camca sajira (rempah seakan jintan tapi hitam,rasa seakan pudina.boleh didapati di kedai india muslim)
6 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
5cm halia
1 camca lada sulah
300g kacang bendi
3 biji bawang besar
½ botol sos tomato
2 ikat daun ketumbar
Garam secukup rasa

Cara memasak:-
Daging kambing dipotong mengikut selera
Jintan manis, sajira, lada putih,halia, bawang merah, bawang putih digiling halus
Kacang bendi dipotong 2 atau 3 manakala bawang besar dipotong dadu
Sesudah itu masukkan semua bahan tadi ke dalam periuk bersama rempah yang digiling tadi
Gaul sebati dan tuangkan minyak sapi, garam dan 2 gelas air
Jerang di atas dapur lebih kurang sejam sehingga mendidih
Bila kering,masukkan susu cair dan segelas air dan biarkan sejam hingga mendidih
Masukkan kacang bendi
Selepas 5 minit,masukkan bawang besar dan sos tomato
Kacau rata dan biarkan ia mendidih perlahan-lahan

Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan diangkat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan