Jumaat, 18 Oktober 2013

CHOCOLATE WALNUT SURPRISE

Bahan-bahan utama:-
200g mentega
175g gula hangus
3 biji telur
175g tepung naik sendiri
100g kacang walnut (dicincang)
1 camca teh perasa vanila
1 tin koktel                 
50g koko

Bahan untuk sirap coklat:-
500g koko
75ml air
50g gula

Cara menyediakan:-
Pukul mentega dan gula hangus sehingga ringan dan kembang
Kemudian masukkan telur sebiji-sebiji dan pukul lagi
Setelah itu masukkan pula tepung naik sendiri dan koko, kacau perlahan-lahan
Masukkan juga perasa vanila dan kacang walnut, kacau hingga sebati
Griskan acuan pembakar bulat yang berlubang 30cm di tengah dengan mentega/marjerin
Tuang adunan ke dalam acuan pembakar itu dan bakar di dalam ketuhar selama 45 minit dengan kepanasan  177 darjah celcius

Untuk sirap coklat:-
Kacau 500g koko dengan 75ml air dan baru masukkan 50g gula
Jerang di atas api sehingga gula hancur baru diangkat

Langkah terakhir:-
Keluarkan adunan yang siap dibakar dan tuangkan sirap coklat diatasnya dan biarkan sejuk
Isikan bahagian tengahnya dengan koktel sebelum dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan