Rabu, 16 Oktober 2013

PANDUAN UNTUK MEMBUAT KEK/PASTRI DI DALAM BLOG INI



SUKATAN SUHU
0 Celcius = 32 Fahrenheit
1 Celcius = 33.8 Fahrenheit
100 Celcius = 212 Fahrenheit

Cara Kiraan Celcius ke Fahrenheit
(celcius x 9/5)+32= fahrenheit
(fahrenheit-32) x 5/9= celcius

contoh:-
(5celcius x 9/5)+32 = 41 Fahrenheit

(41Fahrenheit-32) x 5/9 = 5Celcius

1. Baca resipi dengan teliti untuk mendapatkan maklumat tentang cara memasak samada membakar atau mengukus, juga untuk mengetahui kaedah yang digunakan.

2. Sediakan barang-barang yang diperlukan samada bahan-bahan atau peralatan. Susunkan diatas meja.

3. Beli tepung kek ataupun tepung rendah gluten. Menggunakan tepung yang tidak sesuai akan menghasilkan kek yang berat dan "berpasir".

4. Gunakan telur saiz besar yang digredkan sebagai A ataupun AA. Telur hendaklah berada pada suhu bilik.

5. Gunakan gula kastor ataupun gula halus dalam semua jenis resipi kek ataupun pastri supaya masa yang diperlukan untuk membancuh adunan boleh dipercepatkan. Ini juga mengelakkan daripada terjadinya gluten semasa membancuh.

6. Mentega yang digunakan haruslah mentega yang mengandungi garam. Ini akan menambahkan keenakan kek. Jika menggunakan majerin, bahan ini pada asasnya sudah mengandungi garam.

7. Mentega atau krim keju hendaklah dikeluarkan dari peti sejuk 1/2 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah dipukul.

8. Timbang bahan-bahan mengikut resipi. Jangan terlebih atau terkurang. Dapatkan bahan-bahan yang segar dan masih belum tamat tempoh.

9. Peralatan seperti pengadun(mixer), mangkuk adunan, pengaut, senduk dan lain-lain hendaklah dalam keadaan yang bersih.

10. Sediakan tin pembakar yang bersesuaian saiz seperti dinyatakan dalam resipi. Griskan dan lapik dengan kertas serap minyak. Tin untuk membuat kek span dan kek sifon tidak perlu digriskan.

11. Ketuhar (oven) hendaklah dibersihkan dari habuk atau tumpahan minyak. Panaskan ia ke suhu 180 darjah celcius selama 15 minit sebelum memasukkan kek.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan