Bahan-bahan:-
300g mentega
5 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
½ gelas susu tepung
1 tin kecil serikaya
1 camca teh vanila
Sedikit pewarna merah dan hijau
Cara membuat:-
Mentega dan gula digaul rata
Masukkan telur sebiji-sebiji, kacau sebati
Masukkan serikaya, susu, tepung dan vanila, bancuh rata
Bahagi tiga adunan dimana diwarnakan dengan merah, hijau
dan satu lagi dibiarkan kuning
Kukus lapis demi lapis sehingga habis dan apabila sejuk,
potong kecil-kecil
Adunan kedua:-
300g mentega
5 biji telur
1 gelas gula halus
1 gelas tepung roti
1 tin kecil serikaya
½ botol kecil Horlicks coklat
½ tin susu manis
Cara membuat:-
Gula dan mentega dikacau rata hingga sebati
Masukkan telur sebiji-sebiji dan dikacau rata
Masukkan tepung roti, serikaya, Horlicks coklat, susu
manis dan kacau sebati
Sesudah siap kukuslah bersama kek yang dipotong-potong
tadi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan