Khamis, 17 Oktober 2013

SINGGANG TERUBUK


Bahan-bahan:-
Separuh ikan terubuk dipotong empat
1 tahil/50g cili kering
4 tahil/200g bawang kecil
3 batang serai
1 inci/2.5cm kunyit hidup
4 biji cili merah
1 tahil/50g buah keras
Seketul belacan
Segenggam asam jawa

Cara memasak:-
Giling/tumbuk cili kering, cili merah, kunyit hidup, buah keras, belacan, bawang kecil hingga halus/lumat
Panaskan sedikit minyak dalam periuk,tumis semua bahan yang digiling/ditumbuk tadi
Apabila elok garingnya, masukkan air asam jawa dan garam
Masukkan ikan dan biarlah mendidih beberapa kali di atas api yang sederhana
Bubuh 4 helai daun limau purut (terpulang pada selera masing-masing)
Angkat dan hidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan