Sabtu, 26 Oktober 2013

PUDING DIPLOMAT

Bahan-bahan:-
1 tin susu cair
1 tin kecil buah-buahan campuran
5 biji telur
1 cawan gula
Beberapa keping kek span atau kek biasa

Karamel:-
1 cawan gula
½ cawan air
Satukan kedua-dua bahan ini dan hangatkan sehingga menjadi coklat dan sejukkan dalam acuan

Cara membuat:-
Pukul susu, telur dan gula sehingga kembang
Aturkan kek dalam acuan kek yang berkaramel dan lapiskan dengan buah-buahan dan diikuti dengan telur
Letakkan acuan dalam besen air dan bakar dalam ketuhar suhu sederhana selama 1 hingga 1 ½ jam
Bila kental, keluarkan dan balikkan dalam pinggan hidangan

Hidang bersama krim segar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan