Bahan-bahan:-
750g tepung gandum
180g gula
2 camca teh garam
150g marjerin
50g ragi mampat
1 ¾ cawan susu
Buah-buahan campuran atau kismis
Kekacang campuran dicincang
Cara
membuat:-
Panaskan susu sehingga suam dan campurkan sedikit susu
bersama ragi dan biarkan sehingga adunan itu berbuih
Masukkan tepung dalam mangkuk bersama gula dan garam
Kemudian tuangkan ragi, marjerin cair, susu selebihnya dan
gaul sehingga lembut
Tutup adunan dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Cucuk-cucukkan supaya anginnya keluar dan uli
Bahagi tiga adunan dan canai setiap satu 12 inci panjang
Untuk
inti:-
Pukul 100g mentega bersama 100g gula sehingga kembang dan
gebu
Sapu adunan ini di tengah-tengah ketiga-tiga bahagian
adunan tadi dan taburkan buah-buahan campuran dan kismis
Lipat setiap bahagian dan kejapkan supaya tidak terbuka
dan biarkan 30 minit
Sapu telur, tabur kacang cincang dan gula kasar
Bakar 10-15 minit hingga keemasan dan masak
Nota:-
inti bagi gulungan ini boleh dipelbagaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan