Jumaat, 18 Oktober 2013

SPAN KOPI

Bahan utama:-
3 biji telur
40g gula
120g tepung
1 camca teh serbuk penaik
Sedikit perasa vanila
2 camca besar susu panas

Bahan untuk frosting:-
60g mentega
2 camca besar gula
120g keju
1 camca kecil serbuk kopi(tepulang jenisnya)
1 camca besar susu


Cara menyediakan:-
Asing putih telur dari kuning telur
Pukul kuning telur bersama gula sehingga kembang baru dimasukkan putih telur dan pukul sehingga kembang
Satukan perasa vanila dengan susu baru dimasukkan dalam adunan telur tadi
Masukkan tepung sedikit-sedikit ke dalam adunan tadi dan pukul perlahan-lahan
Sapu acuan pembakar dengan mentega dan tuangkan adunan ini ke dalamnya dan bakar sehingga kuning molek

Untuk frosting:-
Lembutkan mentega dan adunkan dengan gula
Selepas itu masukkan keju bersama serbuk kopi yang dibancuh dengan 1 camca besar susu
Kacau perlahan-lahan hingga sebati

Langkah terakhir:-
Keluarkan kek yang dibakar sehingga kuning molek tadi dan sejukkan

Selepas sejuk baru disapu dengan adunan frosting tadi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan