Jumaat, 18 Oktober 2013

KEK CERI DAN BADAM

Bahan-bahan:-
240g tepung naik sendiri
Sedikit rempah campuran
¼ camca teh garam
180g mentega                  
180g sultana(kismis kuning)
180g kismis hitam
30g ceri
60g badam
3 biji telur

Cara menyediakan:-
Ayak tepung bersama garam dan rempah campuran
Pukul mentega sehingga lembut dan masukkan telur sebiji-sebiji  bersama tepung yang diayak, gula hangus dan kacau  sehingga kembang
Masukkan susu, sultana(kismis kuning), kismis hitam, ceri ke dalam adunan tadi dan kacau sebati
Tuangkan ke dalam acuan bulat dan taburkan badam di atasnya
Bakar di dalam ketuhar selama 1 jam dengan kepanasan 177 darjah Celcius

Tutup dengan kertas minyak dan bakar lagi selama 1 ¼ jam dengan kepanasan 154 darjah Celcius

Tiada ulasan:

Catat Ulasan