Bahan-bahan asas:-
180g
tepung gandum
120g
marjerin
60g
gula halus
Bahan-bahan karamel:-
225g
susu pekat manis
120g
marjerin
½
camca esen vanila
1
camca besar milo
Cara membuat bahan asas:-
Alaskan
acuan 18cm persegi dengan kertas aluminium atau kertas minyak
Panaskan
ketuhar pada 180 darjah Celcius
Gaulkan
semua bahan dan tekan ke dalam acuan yang telah disiapkan
Bakar
25 minit atau hingga kekuningan, angkat dan sejukkan
Cara membuat karamel:-
Masukkan
susu pekat manis dan marjerin ke dalam periuk
Renihkan
sambil kacau terus-menerus hingga 10 minit atau hingga campuran agak pekat dan
melekat di camca
Masukkan
esen dan kacau
Tuangkan
karamel di atas bahan asas yang telah disejukkan sambil diratakan permukaannya
dengan sudip leper
Taburkan
milo rata-rata atas karamel
Apabila
sejuk, potong sebesar 2cm persegi dan simpan dalam bekas kedap udara
Tiada ulasan:
Catat Ulasan