Isnin, 4 November 2013

KERABU DAGING

Bahan-bahan:-
600g daging
1 ½ biji kelapa diambil santan
½ biji kelapa dibuat kerisik
2 camca rempah biji (digiling halus dan digoreng)
1 camca beras (digoreng dan digiling halus)
4 batang serai dititik
13 tangkai cili padi
20 ulas bawang merah
2 biji limau purut
1cm halia
1 helai daun kunyit
1 biji timun
2 kuntum bunga kantan
Sedikit garam

Cara memasak:-
Daging dipotong empat dan rebus bersama santan, serbuk kunyit, serai, daun limau purut dan daun kunyit
Apabila empuk, siatkan daging halus-halus
Campurkan kerisik, beras, rempah, air asam limau serta garam
Hias dengan bunga kantan yang dipotong halus dan juga timun


Tiada ulasan:

Catat Ulasan