Khamis, 7 November 2013

NASI LOBAK MERAH

Bahan-bahan:-
1kg beras direndam dalam air panas bersama buah pelaga dan kayu manis
500g buah tomato diparut
125g minyak sapi
1 ekor ayam
‘500g lobak merah dimayang halus halus
250g bawang besar dihiris untuk ditumis

Bahan rempah:-
20 biji cili hijau
1 camca kecil lada putih
2 camca kecil jintan putih
10 ulas bawang putih
Semua bahan ini ditumbuk kasar dan digaul dengan ayam, perap ½ jam

Cara membuat:-
Panaskan minyak, goreng hirisan bawang merah hingga kuning, baru dimasukkan ayam yang diperap tadi
Masukkan sedikit air, tomato parut dan garam bila ayam agak-agak empuk
Beras digaul dengan lobak merah dan masukkan dalam ayam tadi
Masukkan air secukupnya dan masaklah hingga kering


Tiada ulasan:

Catat Ulasan