Khamis, 7 November 2013

NASI BERIANI KUKUS

Bahan-bahan:-
1kg beras beriani atau siam
150g cili merah dibuang biji
600g tomato biji diramas
200g rempah beriani
400g minyak sapi
100g bawang merah dihiris
100g halia diparut
Buah pelaga
Bunga cengkih
Kayu manis ikut suka
1 ikat daun pudina
100g kismis
100g gajus
100g badam
5 helai daun pandan
10 keping ayam
10g bawang merah digoreng
½ botol sos tomato
¼ camca pewarna kuning
1 ikat daun ketumbar

Cara membuat:-
Beras direbus bersama sedikit garam, daun pandan, kulit kayu manis, buah pelaga dan sedikit cengkih
Rebus selama 15 minit, tos dan keringkan
Buah tomato digaul bersama cili merah dan rempah
Minyak sapi dicairkan dalam kuali dan masukkan 2 atau 3 biji buah pelaga, cengkih dan bawang
Tumis hingga naik bau, masukkan rempah dan gula ikut rasa dan ayam
Goreng lagi hingga ayam separuh masak
Beras yang telah sejuk tadi digaulkan bersama ½ tin susu cair dan perahkan halia parut dan air garam
Letakkan kukus atas dapur,jerang airnya
Tabur nasi bersama ayam, daun pudina, ketumbar, bawang goreng, sos tomato, pewarna kuning dan renjiskan air mawar selapis demi selapis
Kukuskan nasi tadi selama 30 minit
Setelah masak, tabur atasnya kacang pis, buah gajus dan badam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan