Khamis, 7 November 2013

OPOR

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
300ml santan pekat
600ml santan cair
¾ biji kelapa parut dibuat kerisik
1 biji kubis sederhana dipotong lapan
5 biji tomato sederhana besar
Garam secukup rasa

Bahan untuk digiling:-
50g serbuk ketumbar
1 camca makan serbuk lada putih
1 camca makan serbuk jintan manis
20 batang lada kering
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2.5cm lengkuas
1 batang serai
4 biji buah keras
1 camca makan serbuk kunyit

Cara membuat:-
Potong ayam sesuka hati dan cuci hingga bersih
Campurkan bahan-bahan giling bersama santan cair
Masukkan garam dan ayam ke dalam campuran santan cair tadi lalu dijerang di atas api
Masak hingga mendidih dan ayam empuk
Kemudian masukkan santan pekat dan didihkan lagi bersama kubis dan tomato sehingga pecah minyak
Apabila sudah masak,angkat dan hidangkan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan