Selasa, 26 November 2013

KHOM ALE

Bahan-bahan:-
4 biji telur
486ml susu cair
225ml air
2 camca sedang susu pekat
114g gula halus
1 camca teh esen vanila
12 camca sedang buah campuran
6 camca sedang gajus panggang (dihancurkan)

Cara membuat:-
Sediakan alat pengukus dan bekas kastard
Pukul telur dan gula baru masukkan susu cair
Bancuh susu pekat bersama air dan masukkan ke dalam adunan telur, kacau sebati
Masukkan esen vanila
Masukkan 2 camca sedang buah campuran ke dalam tiap-tiap bekas dan tuangkan adunan susu
Taburkan kacang gajus dan kukus 15 hingga 20 minit pada api sederhana

FLAN LEMON

Bahan-bahan:-
500g tepung sudah diayak
300g mentega
1 biji telur
2/3 cawan air
50g gula halus
1 ½ camca teh garam

Cara membuat:-
Isikan tepung di dalam mangkuk, buat lubang di tengah-tengah
Pecahkan telur di dalamnya, masukkan mentega, air, gula dan garam
Gaul sebati, bulatkan doh dan bungkus dengan plastik
Biarkan di dalam peti sejuk selama 20 minit
Canai doh setebal lebih kurang 3 cm dan masukkan ke dalam acuan tat
Bakar 20 minit di dalam ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius
Apabila masak, keluarkan dan sejukkan

Inti lemon:-
200g mentega
300g gula
5 biji telur
Hirisan kulit dari 2 biji lemon
125ml perahan lemon

Cara membuat inti:-
Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak hingga mendidih
Apabila hampir pekat, angkat dan tapiskan
Sejukkan sedikit dan tuang ke dalam pastri yang disejukkan tadi
Sejukkan di dalam peti sejuk untuk membeku


SPAGHETTI BOLOGNESE (ITALI)

Bahan-bahan:-
340g spaghetti
28.35 keju Parmesan

Bahan sos:-
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah sederhana
1 tangkai daun saderi
4 ulas bawang putih
1 kiub stok daging
2 camca besar minyak
283.5g daging cincang
5 biji tomato
1 tin puri tomato
1 helai daun salam
¼ camca teh oregano
Sedikit mentega
Garam, serbuk lada hitam dan gula mengikut rasa

Cara membuat:-
Bawang besar, lobak merah dan daun saderi dicincang halus
Tomato dipotong dadu
Bawang putih ditumbuk halus
Stok daging dimasak di dalam 140ml air sehingga mendidih
Panaskan minyak dan goreng semua sayur dan bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan buah tomato, puri tomato, daun salam, stok daging, garam, serbuk lada hitam dan garam
Masak 30 hingga 40 minit sambil dikacau

Cara memasak spaghetti:-
Masak air hingga mendidih baru masukkan garam
Masukkan spaghetti dan masak 10 minit baru angkat, tapis dan gaulakn dengan mentega
Hidang dalam pinggan dan tuang sos tadi di atasnya dan taburkan keju parut


PIZZA

Bahan untuk 2 pizza:-
200g daging cincang
200g sos tomato
1 biji bawang besar sederhana dicincang
1 labu bawang putih dicincang halus
½ camca teh daun selasih kering
½ camca daun oregano kering
¼ camca teh lada putih
1 tangkai cili hijau besar dicincang kecil
2 cawan keju mozarella (200g) diparut
¼ cawan keju Parmesan diparut

Cara membuat:-
Daging cincang digoreng hingga kekuningan, toskan minyak
Campurkan sos tomato, bawang besar dan bawang putih cincang, daun selasih, daun oregano dan lada putih
Sediakan doh dan bahagikan kepada dua bahagian
Canaikan membentuk bulat 25cm dan letak di atas dulang piza yang disapu minyak
Sapu minyak dan letakkan sos pizza tadi biar rata
Aturkan daging cincang, cili besar dan keju parut
Bakar 15 hingga 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius atau sehingga keju mendidih serta pastri kekuningan

Dohnya:-
1 bungkus ragi kering segera
¾ cawan air suam
½ camca teh gula
½ camca teh garam
4 camca besar minyak sayur
2 cawan tepung gandum

Cara membuat doh:-
Kacau ragi dalam air suam
Masukkan gula dan garam
Tuang ke dalam tepung yang disapu minyak sayur
Uli sehingga lembut 5 minit atau bancuhan tidak lagi melekat di jari


NASI BUKHARI

Bahan-bahan:-
1.8kg beras siam
Air sejuk sama banyak beras
Garam
2 senduk minyak sapi
600g daging lembu
½ botol sos tomato
300g tomato

Bahan tumis:-
Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis

Bahan goreng:-
Bawang merah dimayang, biji gajus dibelah dua

Bahan giling:-
Jintan manis, jintan putih, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia

Cara membuat:-
Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
Masukkan ramuan digiling, masak hingga garing
Masukkan daging (dipotong 5 ketul) sehingga keluar air, masukkan air sejuk
Apabila air mendidih, masukkan garam, beras dan sos tomato, kacau rata
Apabila masak dan hampir kering, masukkan tomato, kacau perlahan-lahan dan masaklah seperti nasi biasa
Untuk hiasan di atas taburkan bawang dan biji gajus goreng
Nasi ini elok dimakan bersama salad timun


GOULASH (HUNGARY)

Bahan-bahan:-
500g daging
250g ubi kentang
200g bawang besar
¼ cawan mentega
1 camca besar minyak sayuran
200g tomato dibelah empat
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk lada putih
5g serbuk paprika
1 camca teh garam
10g tepung jagung
400ml air

Cara membuat:-
Daging dan ubi kentang dipotong dadu 2.5cm dan dibasuh
Bawang besar dicincang halus dan tepung jagung dibancuh dengan air
Panaskan mentega, tumis bawang besar
Masukkan daging dan masak sehingga warnanya pucat
Masukkan ubi kentang, tomato dan minyak sayur
Tambah air sedikit dan masukkan serbuk jintan, serbuk lada putih dan garam, tutupkan
Apabila daging empuk campurkan larutan tepung jagung dan tambah air jika perlu
Akhir sekali masukkan serbuk paprika


STIK IKAN BERMUSTARD

Bahan-bahan:-
1 keping ikan tenggiri/senangin seberat 115g
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 camca besar mentega
1 camca teh serbuk mustard(biji sawi)
2 camca besar tepung ubi
1 cawan susu cair
¼ camca teh garam
1/8 camca teh lada putih
1/8 camca teh lada hitam

Cara membuat:-
Panaskan periuk dan masukan mentega dan ikan, masak 3 minit
Ikan dikalihkan dan dimasak lagi 3 minit
Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan
Masukkan bawang ke dalam periuk berisi mentega dan panaskan 4 minit sambil dikacau
Angkat bawang goreng dan diletakkan di samping ikan tadi
Cairkan mustard bersama ¼ cawan air dan masukkan ke dalam periuk bermentega tadi
Panaskan sehingga mendidih, kecilkan api baru masukkan garam dan susu, kacau
Sediakan tepung ubi yang dicampur sedikit air
Masukkan tepung perlahan-lahan sambil dikacau sehingga sos sebati dan tidak bergentel baru diangkat