Selasa, 26 November 2013

KHOM ALE

Bahan-bahan:-
4 biji telur
486ml susu cair
225ml air
2 camca sedang susu pekat
114g gula halus
1 camca teh esen vanila
12 camca sedang buah campuran
6 camca sedang gajus panggang (dihancurkan)

Cara membuat:-
Sediakan alat pengukus dan bekas kastard
Pukul telur dan gula baru masukkan susu cair
Bancuh susu pekat bersama air dan masukkan ke dalam adunan telur, kacau sebati
Masukkan esen vanila
Masukkan 2 camca sedang buah campuran ke dalam tiap-tiap bekas dan tuangkan adunan susu
Taburkan kacang gajus dan kukus 15 hingga 20 minit pada api sederhana

FLAN LEMON

Bahan-bahan:-
500g tepung sudah diayak
300g mentega
1 biji telur
2/3 cawan air
50g gula halus
1 ½ camca teh garam

Cara membuat:-
Isikan tepung di dalam mangkuk, buat lubang di tengah-tengah
Pecahkan telur di dalamnya, masukkan mentega, air, gula dan garam
Gaul sebati, bulatkan doh dan bungkus dengan plastik
Biarkan di dalam peti sejuk selama 20 minit
Canai doh setebal lebih kurang 3 cm dan masukkan ke dalam acuan tat
Bakar 20 minit di dalam ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius
Apabila masak, keluarkan dan sejukkan

Inti lemon:-
200g mentega
300g gula
5 biji telur
Hirisan kulit dari 2 biji lemon
125ml perahan lemon

Cara membuat inti:-
Campurkan semua bahan di dalam periuk dan masak hingga mendidih
Apabila hampir pekat, angkat dan tapiskan
Sejukkan sedikit dan tuang ke dalam pastri yang disejukkan tadi
Sejukkan di dalam peti sejuk untuk membeku


SPAGHETTI BOLOGNESE (ITALI)

Bahan-bahan:-
340g spaghetti
28.35 keju Parmesan

Bahan sos:-
1 biji bawang besar
1 batang lobak merah sederhana
1 tangkai daun saderi
4 ulas bawang putih
1 kiub stok daging
2 camca besar minyak
283.5g daging cincang
5 biji tomato
1 tin puri tomato
1 helai daun salam
¼ camca teh oregano
Sedikit mentega
Garam, serbuk lada hitam dan gula mengikut rasa

Cara membuat:-
Bawang besar, lobak merah dan daun saderi dicincang halus
Tomato dipotong dadu
Bawang putih ditumbuk halus
Stok daging dimasak di dalam 140ml air sehingga mendidih
Panaskan minyak dan goreng semua sayur dan bawang putih sehingga kekuningan
Masukkan buah tomato, puri tomato, daun salam, stok daging, garam, serbuk lada hitam dan garam
Masak 30 hingga 40 minit sambil dikacau

Cara memasak spaghetti:-
Masak air hingga mendidih baru masukkan garam
Masukkan spaghetti dan masak 10 minit baru angkat, tapis dan gaulakn dengan mentega
Hidang dalam pinggan dan tuang sos tadi di atasnya dan taburkan keju parut


PIZZA

Bahan untuk 2 pizza:-
200g daging cincang
200g sos tomato
1 biji bawang besar sederhana dicincang
1 labu bawang putih dicincang halus
½ camca teh daun selasih kering
½ camca daun oregano kering
¼ camca teh lada putih
1 tangkai cili hijau besar dicincang kecil
2 cawan keju mozarella (200g) diparut
¼ cawan keju Parmesan diparut

Cara membuat:-
Daging cincang digoreng hingga kekuningan, toskan minyak
Campurkan sos tomato, bawang besar dan bawang putih cincang, daun selasih, daun oregano dan lada putih
Sediakan doh dan bahagikan kepada dua bahagian
Canaikan membentuk bulat 25cm dan letak di atas dulang piza yang disapu minyak
Sapu minyak dan letakkan sos pizza tadi biar rata
Aturkan daging cincang, cili besar dan keju parut
Bakar 15 hingga 20 minit pada suhu 200 darjah Celcius atau sehingga keju mendidih serta pastri kekuningan

Dohnya:-
1 bungkus ragi kering segera
¾ cawan air suam
½ camca teh gula
½ camca teh garam
4 camca besar minyak sayur
2 cawan tepung gandum

Cara membuat doh:-
Kacau ragi dalam air suam
Masukkan gula dan garam
Tuang ke dalam tepung yang disapu minyak sayur
Uli sehingga lembut 5 minit atau bancuhan tidak lagi melekat di jari


NASI BUKHARI

Bahan-bahan:-
1.8kg beras siam
Air sejuk sama banyak beras
Garam
2 senduk minyak sapi
600g daging lembu
½ botol sos tomato
300g tomato

Bahan tumis:-
Bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis

Bahan goreng:-
Bawang merah dimayang, biji gajus dibelah dua

Bahan giling:-
Jintan manis, jintan putih, cili kering, bawang merah, bawang putih, halia

Cara membuat:-
Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis
Masukkan ramuan digiling, masak hingga garing
Masukkan daging (dipotong 5 ketul) sehingga keluar air, masukkan air sejuk
Apabila air mendidih, masukkan garam, beras dan sos tomato, kacau rata
Apabila masak dan hampir kering, masukkan tomato, kacau perlahan-lahan dan masaklah seperti nasi biasa
Untuk hiasan di atas taburkan bawang dan biji gajus goreng
Nasi ini elok dimakan bersama salad timun


GOULASH (HUNGARY)

Bahan-bahan:-
500g daging
250g ubi kentang
200g bawang besar
¼ cawan mentega
1 camca besar minyak sayuran
200g tomato dibelah empat
1 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk lada putih
5g serbuk paprika
1 camca teh garam
10g tepung jagung
400ml air

Cara membuat:-
Daging dan ubi kentang dipotong dadu 2.5cm dan dibasuh
Bawang besar dicincang halus dan tepung jagung dibancuh dengan air
Panaskan mentega, tumis bawang besar
Masukkan daging dan masak sehingga warnanya pucat
Masukkan ubi kentang, tomato dan minyak sayur
Tambah air sedikit dan masukkan serbuk jintan, serbuk lada putih dan garam, tutupkan
Apabila daging empuk campurkan larutan tepung jagung dan tambah air jika perlu
Akhir sekali masukkan serbuk paprika


STIK IKAN BERMUSTARD

Bahan-bahan:-
1 keping ikan tenggiri/senangin seberat 115g
1 biji bawang besar dipotong bulat
3 camca besar mentega
1 camca teh serbuk mustard(biji sawi)
2 camca besar tepung ubi
1 cawan susu cair
¼ camca teh garam
1/8 camca teh lada putih
1/8 camca teh lada hitam

Cara membuat:-
Panaskan periuk dan masukan mentega dan ikan, masak 3 minit
Ikan dikalihkan dan dimasak lagi 3 minit
Angkat ikan dan letakkan di dalam pinggan
Masukkan bawang ke dalam periuk berisi mentega dan panaskan 4 minit sambil dikacau
Angkat bawang goreng dan diletakkan di samping ikan tadi
Cairkan mustard bersama ¼ cawan air dan masukkan ke dalam periuk bermentega tadi
Panaskan sehingga mendidih, kecilkan api baru masukkan garam dan susu, kacau
Sediakan tepung ubi yang dicampur sedikit air
Masukkan tepung perlahan-lahan sambil dikacau sehingga sos sebati dan tidak bergentel baru diangkat


STIK SALISBURY

Bahan-bahan:-
500g daging cincang
2 biji bawang besar dicincang
½ cawan serbuk roti
1 biji telur
1 camca teh prepared mustard
Sedikit sos tobasco atau sos cili
Garam dan lada hitam secukup rasa

Cara membuat:-
Campur semua bahan dan uli sebati
Bahagi dan bentuk dengan tangan basah (supaya tidak melekat) dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dipanggang

Sos putih asas:-
25g mentega
25g tepung gandum
300ml susu
Garam dan lada hitam

Cara membuat:-
Cairkan mentega di atas api sederhana
Masukkan tepung (taburkan perlahan-lahan) dan kacau sehingga tidak berbuih
Dengan perlahan-lahan masukkan susu sejuk dan terus kacau hingga mendidih

Masukkan bahan-bahan perasa dan tapis

LAMB CHOP BERHALIA (untuk 6 orang)

Bahan-bahan:-
6 keping daging kambing batang pinang
3-4 camca besar lada hitam ditumbuk
1 camca teh garam
3 camca besar kicap pekat
9 camca besar air perahan halia
1 camca teh gula
3 camca besar minyak sayur

Cara membuat:-
Atur kepingan daging di dalam pinggan rata
Campurkan semua bahan dan tuangkan ke atas kepingan daging
Tutup dan sejukkan sekurang-kurangnya sejam, balikkan sekali-sekala
Toskan daging dan bakar di atas gril sambil direnjiskan sos atau air perapan daging tadi
Bakar 10 minit tiap-tiap sebelah
Atur di dalam pinggan leper yang dipanaskan
Hidang bersama sos pudina, tomato bakar dan kacang rebus

Sos pudina:-
1 cekak daun pudina dibasuh
2 camca teh gula
4 camca besar air mendidih
4-8 camca besar cuka

Cara membuat sos pudina:-
Tanggalkan daun pudina dari batang dan potong halus-halus
Letakkan dalam mangkuk lalu masukkan gula dan air mendidih, kacau
Masukkan cuka menurut selera dan biarkan sejam sebelum menghidang


JENAHAK EL PAPILOTTE (untuk 4 orang)

Bahan-bahan:-
2 keping isi ikan jenahak/ merah setiap satu 200g
1 biji bawang besar dimayang
3 hirisan lemon
3 tangkai parsli
1 helai daun salam
1 camca teh garam
2 biji lada putih/ hitam
¾ cawan udang sudah dimasak lebih kurang 12 ekor
Mentega lembut
Sos cendawan New Orleans (resipi dibawah)

Cara membuat:-
Masukkan air ke dalam kuali besar lebih kurang separas 3.2cm
Masukkan semua bahan dan masak hingga mendidih
Potong dua isi ikan, atur di dalam kuali dan tutup, masak 3 minit
Simpan ½ cawan air rebusan ikan tadi
Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celcius
Sediakan sos cendawan New Orleans
Potong 4 keping kertas timah tebal berukuran 30cm x 20 cm
Sapu mentega di bahagian atas kertas timah dan letakkan 3 camca besar sos cendawan New Orleans
Letakkan sekeping ikan di atas sos tadi, diikuti 3 ekor udang dan 1 camca besar sos cendawan New Orleans
Lipatkan kertas timah ditengah-tengah supaya menutupi ikan dan lipatkan bahagian tepi supaya tidak bocor
Letakkan 4 bungkus kertas timah di atas dulang dan bakar 20 minit
Untuk menghidang, potong bungkusan tadi di sebelah atas dan lipat

Sos cendawan New Orleans:-
Bahan-bahan:-
½ cawan stok ikan yang disimpan tadi
1 kiub stok ayam
3 camca besar mentega
3 camca besar tepung gandum
¼ cawan teh garam
1/8 camca teh garam saderi (celery salt)
½ cawan susu
90g hirisan cendawan yang telah ditoskan

Cara membuat:-
Masak stok ikan hingga mendidih
Masukkan stok ayam, kacau dan ketepikan
Panaskan metega dalam ceper kecil
Masukkan tepung gandum dan serbuk lada hitam
Kacau di atas api perlahan sehingga ia rata dan berbuih, baru angkat
Masukkan susu dan air stok lalu dikacau
Panaskan di atas api sambil dikacau selalu sehingga mendidih seminit
Masukkan cendawan dan masak hingga pekat


SUP TAUCU (MISO SUP)

Bahan-bahan:-
2 cawan air
1 bungkus (10g) dashinomoto
¼ cawan miso (taucu)
1 batang lekio muda atau daun bawang
1 keping tauhu lembut

Cara membuat:-
Masak air di dalam periuk dan masukkan dashinomoto
Campur taucu dan sedikit air panas di dalam mangkuk dan kacau rata
Tapis air taucu ke dalam air panas dan angkat
Hiris halus daun lekio dan bahagikan sama banyak dalam 4 mangkuk
Tauhu dipotong dadu dan masukkan sama banyak dalam 4 mangkuk tadi
Sendukkan sup taucu tadi ke dalam mangkuk-mangkuk tadi


CHOWDER MAKANAN LAUT

Bahan-bahan:-
1 ekor isi ketam
15g cendawan butang
1 biji bawang besar dicincang halus
50g susu tepung
10g tepung jagung
1 liter air
30g mentega
8g garam
1 ulas bawang butih dicincang halus
½ biji tomato dicincang
Serbuk lada putih
Daun saderi dipotong halus

Cara membuat:-
Potong isi ketam dan cendawan butang kecil-kecil
Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung di dalam periuk
Di mangkuk berasingan campurkan tepung jagung dan air
Masak sehingga mendidih bahan tadi baru masukkan larutan tepung jagung
Masak sehingga pekat baru angkat


SUP BAWANG PERANCIS

Bahan-bahan:-
6 biji bawang besar
100g mentega
1 camca teh lada hitam
1 ½ liter air rebusan tulang dan daging (stok)
2 keping roti dibuang kerak
75ml air dicampur 75ml cuka
50g keju parut

Cara membuat:-
Kupas kulit bawang dan potong bulat
Panaskan 75g mentega, masuk bawang besar dan masak hingga layu
Masukkan lada hitam dan air rebusan
Masak sehingga mendidih baru kecilkan api dan biarkan 10 minit
Masukkan air campuran cuka tadi dan rasa sup tadi
Panaskan baki mentega dalam kuali dan goreng roti yang dipotong dadu
Angkat dan toskan roti goreng tadi
Semasa menghidang masukkan sup ke dalam mangkuk dan tabur roti dan keju parut


Isnin, 18 November 2013

PANCAKE BERUDANG

Bahan-bahan:-
1 biji kelapa diambil santan sebanyak 5 cawan
50g tepung beras
3 camca besar minyak jagung
500g tepung gandum diayak
2 ½ camca teh tepung jagung
1 ¼ liter air
5 biji telur
1 camca teh garam

Cara membuat:-
Satukan dan pukul semua bahan sehingga licin, tapiskan dan biarkan
Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak
Kacau adunan dan tuangkan sesenduk ke dalam kuali
Pusingkan kuali perlahan-lahan untuk mendapatkan sekeping pancake yang bulat nipis
Biar masak hingga bawah pancake bewarna keemasan
Keluarkan pancake dan letak di dalam pinggan
Ulang langkah hingga habis adunan

Bahan inti udang:-
350ml santan
3 camca besar minyak jagung
600g ubi kentang dipotong dadu kecil-kecil
500ml air
400g udang dibersihkan
2 camca besar serbuk kari udang dicampur 1 camca besar minyak jagung

Bahan B (dicincang):-
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 keping halia

Bahan C:-
2 batang serai diketuk
3cm kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan perasa:-
2 camca teh garam
¼ camca teh serbuk perasa
1 ¼ camca teh gula
½ camca besar cuka
1 camca besar lada sulah

Cara membuat:-
Panaskan minyak dan tumis bahan B  dan C hingga wangi
Masukkan campuran serbuk kari udangdan ubi kentang, goreng ¾ minit
Tuangkan 500ml air dan masak hingga ubi kentang empuk
Masukkan santan, udang dan serbuk perasa, masak hingga pekat

Langkah terakhir:-
Letakkan 2 hingga 3 camca besar inti udang di atas pancake dan gulung seperti popia