Isnin, 28 Oktober 2013

IKAN MERAH KUKUS BERKUAH

Bahan-bahan:-
1 ekor ikan merah
6 biji cili merah
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1cm halia
1 camca tepung jagung
½ botol sos tomato
Sedikit garam dan gula

Cara memasak:-
Ikan dibersihkan
Tumbuk halia dan bawang putih serta lumurkan pada ikan
Perap lebih kurang setengah jam dan kukus sampai masak
Giling cili, bawang merah dan halia sehingga halus
Campurkan bahan-bahan yang digiling, sos tomato, sedikit air, garam, gula dan tepung jagung serta dikacau di atas api hingga masak

Bila ikan sudah dikukus sampai masak, hias didalam pinggan dan tuang kuah tadi diatasnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan