Isnin, 28 Oktober 2013

SALAD TIMUN

Bahan-bahan:-
5 biji telur rebus
2 tangkai daun salad
3 biji tomato
3 biji timun muda
1 botol sos tomato
3-4 tangkai cili masak
3-4 ulas bawang putih
Sedikit tepung jagung
Gula secukup rasa
Garam secukup rasa
Sedikit cuka
½ cawan air

Cara membuat:-
Telur rebus dipotong memanjang
Daun salad dibasuh bersih dan dipotong-potong
Timun dibasuh bersih dan dipotong 2cm, begitu juga dengan tomato
Cili dan bawang digiling halus
Campurkan sos tomato, cuka, garam, gula, tepung, bahan yang digiling tadi serta air dan dimasak di atas api

Cara mengatur di dalam pinggan:-
Mula-mula atur salad, timun potong, tomato dan telur
Hiasslah dengan bunga tomato
Bila hendak menghidang, baru dituang kuahnya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan