Jumaat, 18 Oktober 2013

KEK BUAH RINGKAS

Bahan-bahan:-
2 ¾ cawan tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonat (baking soda)
6 auns/150 g mentega
1tin(14 auns/350ml) susu manis
4 biji telur
2 kotak buah-buahan kering( 1 kotak 350g)
1 cawan buah-buahan dalam tin

Cara membuat:-
Alas dulang pembakar dengan kertas
Sapukan sedikit mentega dan tabur sedikit tepung di atasnya
Kacau mentega dalam mangkuk besar hingga kembang baru masukkan susu manis dan kacau sebati
Pecahkan telur ke dalam mangkuk tadi sebiji-biji sambil mengacau telur tadi
Ayakkan tepung bersama soda dan masukkan ke dalam mangkuk tadi bersama buah-buahan kering dan buah dalam tin
Tuangkan ke dalam dulang pembakar dan bakar 2 ¼ jam

Sejukkan kek selama 10 minit baru dikeluarkan dari dulang pembakar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan