Jumaat, 18 Oktober 2013

KEK ROS


Bahan-bahan:-
3 ¼ cawan tepung gandum yang diayak
2 ½ camca teh serbuk penaik
1/8 camca teh garam
8 auns (oz) mentega
2 cawan gula halus
6 kuning telur
1 ¼ perasa vanilla
1 cawan air

Cara menyediakan:-
Ayak tepung, serbuk penaik, garam dan susu tepung bersama
Pukul mentega dalam sebuah mangkuk dan masukkan gula perlahan-lahan sambil dipukul hingga naik
Masukkan kuning telur satu persatu dan dipukul  hingga naik setiap kali dimasukkan
Campurkan perasa vanila dan pukul sehingga kembang
Campurkan tepung dan air berselang seli ke dalam mangkuk adunan tadi dimulai dengan tepung dan diakhiri dengan tepung

Bakar kek dalam ketuhar selama hampir sejam dan keluarkan 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan