Bahan-bahan:-
10 biji telur
200g tepung pulut
30g koko
400g gula halus
300ml santan pekat
½ camca teh rempah kuih
1 camca teh vanila
1 camca besar Quick 75(ovalette/sponge cake stabilizer)
1 camca teh serbuk penaik
30g susu tepung Nespray
Cara
membuat:-
Masak santan sehingga mendidih dan sejukkan
Telur dan gula dipukul sehingga kembang baru dimasukkan
Quick 75 dan pukul sehingga pekat
Masukkan tepung pulut, susu tepung Nespray, dan serbuk
penaik lalu dikacau sehingga sebati/naik baru dimasukkan santan tadi
Bahagi pada dua adunan- satu adunan dicampur koko dan satu
lagi dibiarkan kuning
Ambil loyang segiempat 9x9 inci dan sapu dulu mentega baru
disapu tepung
Bakar selapis-selapis
seperti berikut:-
3 lapis warna kuning
3 lapis warna koko
Lapis pertama mestilah koko
Tiada ulasan:
Catat Ulasan