Bahan-bahan:-
12 biji telur
6 camca gula hangus
4 ½ camca besar tepung kastard
2 camca besar susu tepung Nespray
2 camca besar tepung agar-agar
425ml air
4 ½ camca besar tepung aiskrim
500ml susu cair
1 cawan gula kasar
Cara
membuat:-
Kacau gula, telur, susu cair hingga sebati
Bancuh tepung bersama air hingga sebati
Adunan tepung dituang dalam bahan yang dikacau tadi dan
ditapis
Bahagikannya kepada 4 warna iaitu
a) Warna biasa dibubuh esen oren
b) Warna merah, esen strawberi
c) Warna hijau, esen vanila
d) Warna coklat, esen Nescafe
Ambil acuan, sapu mentega dan tuangkan gula hangus
Lepas itu dikukus sekejap,baru dituang lapisan
pertama,warna biasa dua senduk
Kukuslah sampai masak
Lapislah warna lain,kukus lagi
Buatlah sampai habis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan