Sabtu, 26 Oktober 2013

PUDING RATU

Bahan-bahan untuk kek:-
5 biji telur
225g mentega
225g gula halus
225g tepung gandum
1 camca kecil serbuk penaik
1 camca kecil vanila
1 camca kecil Quick 75(ovalette/sponge cake stabilizer)

Bahan-bahan untuk agar-agar:-
50g agar-agar
1.25 liter air
475g gula
1 camca kecil tepung jagung
1 camca kecil esen vanila
1 tin besar susu cair
2 camca besar koko
4 biji kuning telur
1 camca kecil tepung kastard
1 tin besar buah pic

Cara membuat kek:-
Kacau mentega bersama gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji-sebiji sambil dikacau hingga sebati
Masukkan tepung yang bercampur serbuk penaik  ke dalam adunan telur tadi dan kacau hingga sebati
Lepaskan masuk vanila dan sedikit pewarna kuning lalu dibakar sehingga masak
Bila sejuk, potong melintang selapis selapis

Cara membuat agar-agar:-
Masak agar-agar bersama air hingga hancur
Kacau gula, kuning telur, tepung, susu sehingga sebati
Bila agar-agar telah hancur,tuang ke dalam bahan bahan yang yang dikacau tadi
Lepas itu masak lagi sehingga mendidih
Ambil acuan, masukkan 2 senduk agar-agar tadi, lepas itu aturkan buah pic serta letak selapis kek di atasnya
Lepas itu tuang agar-agar tadi dan selapis kek di atasnya

Buatlah begini sehingga habis kek dan agar-agar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan