Jumaat, 18 Oktober 2013

PANDUAN GENERASI DULU DALAM MEMUDAHKAN KERJA DAPUR



Disini saya akan berkongsi sedikit petua atau panduan yang saya belajar dari mentua saya
Orang-orang dulu cekap dalam menguruskan dapur seharian. Saya pada mulanya segan kerana apabila hendak menolong mentua saya di dapur, semuanya dilakukan dengan cepat.
Dengan tersenyum, mentua saya memberi sedikit tips dan panduan bagaimana menguruskan keadaan dapur

1.   Ubi kentang, cucuk dengan garpu setelah ia separuh masak. Wap dari dalam kentang mudah keluar dengan cara ini
2.    Sebelum mengupas bawang, sejukkan dahulu dalam peti ais. Bawang sejuk tidak memedihkan mata bila dikupas
3.    Supaya susu tidak membuak semasa dimasak, basuh periuk dengan air sejuk terlebih dahulu. Biarkan periuk basah, masukkan susu dan guna Jika telur retak atau pecah ketika merebusnya, masukkan sedikit garam atau cuka ke dalam air rebusan itu. Ini menghalang putih telur dari mengalir keluar
4.    Cara mudah membersihkan telur mentah pecah di atas lantai ialah dengan menaburkan sedikit garam ke atasnya. Biarkan beberapa minit sehingga telur menjadi serbuk, kemudian angkat dan bersihkan
5.    Kalau bahan resipi jenis kering seperti tepung, gula dan sebagainya memerlukan sukatan cawan atau camca kecil/besar, pastikan anda mendapat sukatan yang betul. Gunakan pisau nipis dan ratakan sukatan
6.    Jangan bimbang kalau sayur yang dimasak hangus. Biarkan ia melekat di periuk. Kemudian, pilih sayur yang masih elok, basuh dengan air sejuk dan masak semula di dalam periuk lain. Sayur itu tidak akan berbau hangus
7.    Untuk menentukan telur yang masih segar,masukkan telur ke dalam air sejuk. Jika telur tenggelam penuh, ia masih elok. Jika tenggelam sedikit, ia kurang segar. Jika terapung, ia sudah busuk
8.    Keju lebih mudah diparut jika ia keras. Untuk itu biarkan keju di dalam peti sejuk selama ½ jam sebelum memarutnya
9.    Sebelum membentuk bebola daging, basahkan tangan dengan air sejuk supaya ia tidak melekat di tangan
10. Untuk mengekalkan rasa manis daging bakar, pastikan ia tidak dilumur garam dulu. Campur garam setelah daging itu separuh masak
11. Telur rebus boleh dikupas licin dengan mengupasnya dari hujung telur yang lebar
12. Untuk menghilangkan bau busuk ikan di dapur, jerang air dalam periuk bersama sedikit cuka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan