Khamis, 24 Oktober 2013

PENGAT UDANG

Bahan-bahan:-
10 ekor udang sederhana besar
15 biji cili padi
4 biji cili merah
6 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
½ inci halia
½ inci kunyit hidup
Sehelai daun kunyit
1 batang serai
3 cawan santan pekat
1 senduk minyak masak

Cara memasak:-
Udang dibersihkan
Cili padi, cili merah, bawang merah dan putih, halia, kunyit digiling lumat
Daun kunyit disiat manakala serai dititik
Udang digoreng setengah masak
Bahan yang digiling ditumis dengan minyak masak
Bila bahan digiling garing, masukkan santan, daun kunyit, serai serta garam
Kacau sehingga santan itu pekat
Masukkan udang dan kacau sekejap sebelum diangkat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan