Khamis, 24 Oktober 2013

AGAR-AGAR SERIKAYA

Bahan-bahan:-
50g agar-agar
1 ketul gula kabung sederhana besar
1 cawan gula pasir
2 biji telur ayam
2 cawan santan pekat
Sedikit esen vanila

Cara membuat:-
Agar-agar dibasuh bersih dan masaklah dengan 3 cawan air hingga hancur
Masukkan gula kabung dan gula pasir, kacau hingga hancur
Apabila gula telah hancur,angkat manakala agar-agar ditapis
Masukkan gula dan agar-agar ke dalam bekas dan panaskan hingga ia mendidih pada api kecil
Sementara itu kacau telur,santan dan esen vanila hingga telur hancur baru dituangkan dalam agar-agar yang sedang mendidih
Kacau perlahan-lahan selama satu atau dua minit
Barulah diangkat dan dituang dalam acuan
Apabila sejuk sikit masukkan kedalam peti ais hingga keras
Siap dihidang dan sesuai dimakan ketika berpuasa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan