Bahan-bahan:-
75g kelapa parut kering
¼ liter susu
40g majerin
40g gula halus
3 biji telur diasingkan kuning dan putih
50g kek span, patah dua
2-3 camca besar jem
Gula aising untuk hiasan
Cara membuat:-
Masukkan kelapa parut dan susu dalam periuk dan panaskan
hingga mendidih dan renihkan perlahan-lahan 10 minit baru disejukkan
Pukul majerin dan gula hingga kembang dan gebu, masukkan
kuning telur dan pukul
Masukkan campuran kelapa tadi perlahan-lahan diikuti
repihan kek span
Pukul putih telur sehingga kembang dan kental baru
dimasukkan dalam campuran kelapa perlahan-lahan
Sapu jem dalam bekas pembakar pai dan masukkan adunan tadi
Bakar dalam ketuhar menggunakan api sederhana sejam atau
sehingga naik kuning keemasan
Bila menghidangkan, tabur gula aising
Tiada ulasan:
Catat Ulasan