Sabtu, 26 Oktober 2013

AGAR-AGAR SANTAN BERGULA MERAH

Bahan-bahan:-
2 biji telur
1 cawan air
1 ½ camca besar gula
¼ tahil agar-agar
½ cawan susu
½ biji kelapa
3 keping gula melaka
2 biji putih telur

Cara membuat:-
Rendam agar-agar dalam air sejuk supaya lembut
Kemudian masukkan dalam periuk dan didihkan bersama secawan air hingga hancur
Tapiskan agar-agar tadi
Perah santan menggunakan ½ cawan air dan bahagi dua bahagian
Cairkan gula melaka dan bahagikan pada dua bahagian
Masukkan telur dan susu dalam periuk dan masak hingga kental, biarkan sejuk
Pukul putih telur bersama gula sehingga gebu dan keras
Masukkan campuran kuning telur dalam agar-agar sejuk dan tuangkan sebahagian santan dan gula melaka
Akhir sekali masukkan campuran putih telur tadi
Tuang dalam acuan basah dan sejukkan hingga kental

Keluarkan dari acuan dan hidangkan bersama santan dan gula melaka yang sebahagian lagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan