Bahan-bahan
inti:-
100g daging kambing cincang
1 camca besar mentega
1 biji bawang besar dihiris
1 keping halia dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Serbuk buah pelaga
Serbuk kayu manis
1 camca besar serbuk kari
Bahan-bahan doh:-
¼ kg tepung
1 camca besar mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Cara menyediakan inti:-
Panaskan mentega dalam kuali. Tumis bawang, halia, serbuk
pelaga, kayu manis dan kari.
Masukkan daging cincang, garam dan kacau rata.
Ketepikan
Cara menyediakan doh:-
Satukan tepung, mentega, garam, air adn uli hingga menjadi
doh lembut
Bahagikan kepada bebola doh seberat 10g setiap satu
Kemudian leperkan dan masuk inti
Lipat mnejadi bentuk segitiga dan lekatkan dengan adunan
tepung
Goreng sehingga kuning keemasan dan angkat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan