Khamis, 7 November 2013

ACAR RAMPAI

Bahan-bahan:-
2 kati timun
½ kati bawang besar dicincang
10 ulas bawang putih dihiris
3-4 cili merah hiris nipis
1 inci halia dimayang
1 biji lobak merah
2 camca teh serbuk kari
½ bungkus kecil cili boh
½ cawan cuka
Sedikit biji sawi (jika suka)
Garam
Gula
Kunyit
½ camca minyak

Cara membuat:-
Giling bersama serbuk kari dan cili
Basuh timun dan potong 1 inci bulat, kupas dan hiris nipis-nipis, biji dan isi diketepikan
Begitu juga dengan lobak merah
Campur semua sayuran dengan garam dan keringkan
Panaskan minyak, masukkan biji sawi, bahan giling dan cuka
Bila kuahnya pekat, masukkan garam dan gula (rasa asam garamnya)
Sejukkan kuahnya dan masukkan sayuran yang dikering
Simpan dalam balang dan biarkan ia mesra
Bila menghidang, gunakan camca kering agar acar tahan lama


Tiada ulasan:

Catat Ulasan