Khamis, 7 November 2013

DAGING SERUNDING

Bahan-bahan:-
300g daging lembu
1 biji kelapa diparut
Asam jawa sebesar limau nipis
150g gula pasir
½ botol kecil minyak kacang
Garam secukup rasa
3 helai daun salam
3 helai daun limau purut
1 helai daun pandan disiat-siat

Bahan-bahan digiling halus:-
2 camca makan serbuk ketumbar
½ camca makan serbuk jintan halus
5 ulas bawang merah
½ inci belacan
½ inci lengkuas dihiris
½ inci batang serai dihiris

Cara membuat:-
Daging dipotong nipis empat segi sederhana, basuh dan toskan
Campur asam bersama 50ml air sejuk dan perahkan airnya ke dalam bahan yang digiling
Tambah garam, gula dan kacau rata
Masukkan daging, kelapa parut, daun salam dan limau purut ke dalam bahan-bahan tadi dan ramaskan sehingga rata rempahnya dan perap ½ jam
Panaskan minyak bersama sehelai daun pandan yang disiat di atas api sederhana
Asingkan daging tadi daripada bahan-bahan lain lalu digoreng kesemuanya ½ jam sehingga ia setengah empuk
Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya dan digoreng hingga masak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan