Isnin, 4 November 2013

AYAM PALEMBANG

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
1 mangkuk santan pekat
6 tangkai cili merah
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1cm halia
1 camca puri tomato
3 kuntum bunga cengkih
2cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
½ cawan minyak masak
1 tin kacang pis

Cara memasak:-
Ayam dibersih, dipotong sesuka hati dan gaulkan dengan garam dan digoreng kuning
Halia, serai, semua bawang, dan cili digiling lumat
Panaskan kuali dan tumis bahan yang digiling tadi
Masukkan bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga
Bila kuning dan wangi, masukkan puri tomato, garam dan santan
Bila mendidih baru dimasukkan ayam dan kacang pis

Siap dihidang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan