Isnin, 4 November 2013

AYAM GORENG BERKUAH

Bahan-bahan:-
1 ekor ayam
2 biji bawang besar
2 batang lobak merah
2 camca serbuk kunyit
2 camca tepung gandum
3 biji tomato
1 biji limau nipis diperah ambil airnya
1 tin kacang pis
1 tin puri tomato
3 camca miyak sapi
3 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
½ botol minyak masak
1 camca kicap pekat
Garam, daun saderi, daun bawang ikut suka

Cara memasak:-
Ayam dibersih, dipotong ikut suka  dan digaul bersama garam, serbuk kunyit dan diperap 10 minit
Lobak merah dipotong sepanjang 1cm dan dibelah empat
Goreng ayam yang diperap tadi tapi jangan garing sangat dan ketepikan
Tinggalkan minyak tadi lebih kurang ¼ cawan
Masukkan balik ayam tadi bersama 4 cawan air, lobak merah, air perahan limau nipis, puri tomato, kicap pekat dan garam
Masak sehingga kuah kering sedikit baru dimasukkan kacang pis, vawabg besar dan tepung gandum sambil dikacau rata
Masukkan pula tomato, cili merah, cili hijau, daun bawang dan daun saderi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan